Monday, December 22, 2008

Kisah Ayam dan Lembu

Seorang kaya duduk termenung di dalam sebuah restoran. Wajahnya sugul seperti memikirkan sesuatu.

“Kenapa semua orang mengatakan aku kedekut. Padahal semua orang tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia nanti, aku akan memberikan semua harta kekayaanku kepada badan-badan kebajikan!” kata orang kaya tersebut kepada seorang pelayan.

Pelayan terdiam sejenak dan kemudian berbicara,”Akan saya ceritakan kepada tuan tentang ayam dan lembu,”lalu dia pun bercerita….

Pada zaman dahulu terdapat sekumpulan ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan ayam tidak sama sekali. Pekara ini menghairan sang ayam. Ia berasa cemburu dengan sang lembu.

Ia berkata kepada sang lembu,”Semua orang berkata begitu manis tentang dirimu dan mereka menganggap kamu murah hati, kerana setiap hari kamu memberi mereka krim dan susu. Tapi bagaimana dengan aku? Aku memberikan semua yang aku punya. Aku memberikan manusia dagingku. Aku turut memberikan mereka bulu-buluku. Bahkan mereka memasak dan membuat sup dengan kakiku untuk kesihatan. Tidak ada haiwan yang berbakti sebegitu banyak seperti itu. Kenapa aku masih tidak dihargai?”

“Adakah tuan tahu apa jawapan sang lembu?,” Tanya si pelayan itu kepada orang kaya tersebut. Orang kaya yang mendengar cerita itu dengan penuh minat hanya menggeleng kepala.

“sang lembu berkata tenang,
“mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih hidup….”

Moral:
Berbuatlah kebajikan sementara kita masih hidup dan sihat. Jangan menunggu tika kita sudah meninggal dunia, baru mengharapkan orang lain untuk berbuat kebajikan atas nama kita.

Persahabatan Dan Cinta

Mampukah anda membayangkan
Persahabatan tanpa cinta?
Persahabatan dan cinta adalah teman
Terbaik kerana di mana ada cinta,
Persabatan selalu berada disampingnya. Dan diaman persahbatan berada, cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan persahabatan.

Pada suatu hari, persahabtan mula terfikir bahawa cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana persahabatan menganggap cinta lebih menarik daripada dirinya.

“hmmm…seandainya tidak ada cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku.”fakir si persahabtan. Sejak hari itu persahabatan memusuhi cinta. Ketika cinta bermain bersama persahabatan seperti dulu, persahabatan akan menjauhi cinta. Apabila cinta bertanya kenapa persahabatan menjauhi dirinya, persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan cinta.

Kesedihan pun menghampiri cinta dan cinta tidak sanggup menahan air matanya. Dan menagis semahu-mahunya. Kesedihan hanya dapat termangu memandang cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa cinta persahabtan mula bergaul rapat dengan kecewa, putus asa, kemarahan dan kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai. Walaupun persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan. Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang menjauhinya. Persahabatan mula menyesali keaadaanya dansaat itu kesedihan melihat persahabatan dan menyampaikan kepada cinta bahawapersahabatan dalam kedukaan.

Dengan segera cinta berlari dan menghampiri persahabatan. Saat persahabatan melihat cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan cinta. Dipendekkan cerita… persahabatan dan cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan cinta mula kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.

Moral:
Mampukah persahabatan tanpa cinta?
Mampukah cinta tanpa persahabatan?
Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan persahabatan dan cinta kerana mereka berfikir, “kalau persahabatan sudah disulami dengan cinta, pasti akan menjadi sulit!” Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan indah anatara manusia, diaman cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai persahabatan. Tanpa cinta, persahabatan mungkinakan diisi dengan kecewa, benci, marah,

0 #* Pandangan *#:

Post a Comment